
Saya adalah pembaca setia blog JustKhai. Bak kata orang tua-tua, kalau nak jadi pandai dalam sesuatu, belajarlah dari orang yang memang pandai dalam bab tue. Itu yang suka dengan blog JustKhai. Banyak entri-entri yang berguna untuk dibaca dan dipraktikkan. Lagipun dia kan seorang Top Blogger Malaysia. Sudah tentu ada rahsia yang boleh dicuri untuk menjadikan diri saya juga sebagai seorang Top Blogger.
Tapi sesungguhnya hari ini saya sangat terkejut dengan entri JustKhai. Bagi saya entri ini terlalu dipenuhi dengan emosi sehingga agak melampau jugak hasil tulisan yang dikeluarkan. Saya faham memang agak emosi bagi seorang blogger (lagi-lagi jika anda seorang Top Blogger) untuk artikel dicuri dan dipublish di blog orang lain tanpa kredit.
Tapi bagi saya, JustKhai sepatutnya dah boleh menjangkakan perkara ini bakal berlaku. Biasalah kalau blog kita popular sememangnya ramai akan mengcopy paste tanpa memintak kebenaran dan claim itu hak karya diorang. Sejujurnya pada pendapat saya, sebagai orang lama dalam blogging, JustKhai perlu menjaga emosi dan tak melenting seperti budak baru belajar buat blog.
Pendapat saya, kalau nak tegur, tegurlah secara berhemah. Walaupun anda top blogger, janganlah mengutuk orang lain dengan menyatakan blog dia sampah. Ingatlah yang anda satu ketika dahulu pun ranking berjuta-juta jugak. Dan jangan sampai keturunan-keturunan sekali disampahkan. Memang bagi saya ini agak tak macho dan boleh menghilangkan kredibiliti sebagai seorang Top Blogger.
Dan yang saya paling tak tahan ayat mengenai fenomena “OH”:-
Heh. Samalah macam fenomena “OH!” yang tiba-tiba melanda Malaysia. Tiba-tiba semua orang nak buat website ada nama “OH!” then buat design ala-ala warna OH! Artis. Apa punya cilake la perangai kan?
Setahu saya bukannya JustKhai yang mencetuskan fenomena OH nie. Saya tahu cerita di sebalik tabir. Dan kalau betul pun lah, kenapa sampai nak panggil orang lain celaka? Memang agak kurang ajar bagi saya di situ.
Terus teringat saya kepada penulisan saudari LizaRazak tentang gaya penulisan yang mencerminkan peribadi diri seseorang. Jadi saya rasa saya dah boleh bayangkan macam mana peribadi pemilik blog JustKhai. Secara ikhlas, saya memang dah kurang respek sikit dengan dia.
Peringatan untuk saya dan para-para blogger di sana, walaupun sehebat mana pun anda, jagalah emosi tue. Jangan tulis membabi buta lagi-lagi kalau ada berkaitan dengan orang lain. Kalau nak bagi teguran, tegurlah secara berhemah. Kita kan orang Melayu.
Maaf kalau ada orang terasa dengan entri saya kali ini. Cuma ingin meluahkan apa yang terpendam di hati. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari apa yang terjadi.
Jadi Pembaca Setia
mato-kun
/ June 20, 2010good comment abang nara ~ terharu gak bile baca ~ huhuhu
razman
/ June 21, 2010dulu orang sebut2 nama abg nara ni, aku takde rasa nk tengok pun. tapi pas baca entri ni, aku rasa, lu terbaek bro!!
razman´s last blog ..hitam juga warna.
nana
/ June 22, 2010yup bahasa kite mencerminkan diri kite =)
nana´s last blog ..justkhai???
chekgu naman
/ June 22, 2010tulah..tak semestinya top, otak pon tip top
chekgu naman´s last blog ..Umur 2 Tahun Hisap Rokok 40 Batang Sehari!!!
matjoe
/ June 23, 2010aku suka cara entry ni ditulis. really soothing. kalau aku jadi justkhai, aku mmg boleh terime teguran ni dgn hati terbuka. by the way nara, aku harap tak lambat nak wish ngko selamat bertunang!
matjoe´s last blog ..Scam: CIMBCLICKS Penipu
qayum
/ June 30, 2010erk… awak ni kakak khai ke? kekeke… we all know him lah…
RAHSIA MALAM ISTERI
/ July 12, 2010ya betull..aku sokong…!!!100%huhuhuhu..
farhana
/ July 23, 2010aku pernah gak YM die tentang penulisan die. then die kate aku ni BUDAK KELANTAN. mase time tu fames kelantan tengah merusuh mase bola sepak dorang kalah. Yela aku pun suke gak tengok blog die. sampai sekarang aku puji kekreatifan die. tapi tulah sikap blogger die yg macam tu kadang2 aku pun bengang. he acts like he is the best. . Hope die sedar kesilapan die..
aReaL
/ July 30, 2010Salam Kepada Semua,
Nampaknya, Aku Agak Ketinggalan… Hehehe… Khai…!!! Aku Pon Baca gak Blog Dia Even Dia Pernah Maki Hamun Aku Dengan Perkataan “SON OF THE BITCH” Semasa Aku Meng”COPY” Gambar Artis Di Blog Oh!artis Dia… Tapi Aku Cool Je… Pasal Banyak Benda Aku Belajar Dari Blog Dia… Memang Betul, Blog Macam SMS, Tapi Kalau Ditulis “Celaka”, Dieja Bagaimana Pun Tetap Sama Maknanya.. Aku Harap Ko Tak Terasa Eh..!!! Hehehe…
Pasal Isu OH!.. Tak Salah Kot.. Sape2 Ade Duit Pun Bleh Reg Domain Bermula Dengan OH! Bukan..? Dan Takperlu Lah Menghina Blogger Yang Menggunakan Blogspot, Free tak Semestinya Penulisanya Tak Bagus.. Apa Bezanya Jika Menggunakan Wpress ? Guna Wordpress Je Terus Bleh Buat Entry Yang Bagus…?? Biasala, Baru Nak Belajar BeBlog, tak Kan Nak Terus Beli Domain Kot..!! Jangan Menilai Sesebuah Blog Itu Darri Platform Yang Dia Gunakan… tengok Macam CikEpal *Asal Ko Tak Jemput Aku Weh…!!!* Coool Je Guna Blogspot Dan Still Chomel.. Miss U CikEpal.. *Off TopiK Lak*
Finally, Aku Sekarang Menjadikan AbagNara Sebagai Ikon *Bukan AKON*, Maintain Jerk.. Dia membalas Cacian Dangan Bersahaja.. AbangNara, U Rock… Khai, U Da Best.. Hehehe
aReaL´s last blog ..Amylea Suruh Aziz Desa Tutup Mulut!! Marah Nampak
faizal
/ August 10, 2010Ulasan yang baik.Sedih gak aku bila baca blogger pakai domain blogspot ni macam low class.Tak kisah la ape domain pun,yang penting kualiti penulisan.Masalah orang Melayu macam ni la,emo dan tak supportive.Biasa la kalau ada similarity sikit2.Bukan dunia blogging je,ape benda skalipun,penyanyi,filem,hatta minyak lintah pun ada similarity.Copy sana sini.
faizal´s last blog ..Nostalgia Jibam